(http://hkp.moh.gov.my)

Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru HKP 2011
Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru HKP 2011
Category : Majlis Sambutan | Published by Hospital Kuala Penyu on 15-Jan-2011

Pada 14 Januari 2011, bertempat di Ruang Legar Jabatan Pesakit Luar, satu Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina bersama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pengerusi ALP HKP iaitu En Dirih @ Sebastian Anjim. Antara tujuan utama majlis ini ialah meraikan rakan-rakan yang merayakan Krismas dan Tahun baru Cina disamping memupuk semangat perpaduan bersama warga Hospital Kuala Penyu.

Dalam ucapannya Pengarah Hospital mengucapkan tahniah kepada AJK sambutan yang telah berusaha menjayakan majlis tersebut. Beliau meminta semua warga HKP sentiasa menghormati , bekerjasama dan menjaga sensitiviti rakan-rakan yang berlainan agama. Pengarah Hospital juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi ALP HKP yang telah menyumbangkan sebuah basikal untuk cabutan tiket bertuah di majlis tersebut.

Sementara itu, Pengerusi ALP HKP, En Dirih @ Sebastian Anjim dalam ucapan perasmian mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk merasmikan majlis dan seterusnya dijemput bersama-sama meraikan Krismas dan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan keluarga Hospital Kuala Penyu. Kerjasama dan semangat ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Majlis sambutan tersebut juga telah diselitkan dengan cabutan tiket bertuah dengan hadiah utama dua buah basikal mountain bike yang telah disumbangkan oleh Pengerusi ALP dan Pengurus Petronas Daerah Kuala Penyu.

Acara yang lain ialah seperti persembahan carolling, nyanyian karaoke oleh staf dan tetamu, pemberian angpow kepada kanak-kanak, pemberian gula-gula dan keropok oleh Santa Claus dan persembahan tarian dari anggota HKP sendiri. Kumpulan Gambus yang dijemput khas dari Kampung Lubak, Beaufort juga telah menghangatkan lagi majlis dengan pelbagai lagu dan tarian.Majlis ini tamat pada jam 11.00 malam dan telah berlangsung dengan meriah dan harmoni.

Laporan disediakan oleh
Chindara Puleh Jinti
Setiausaha Majlis Sambutan
Hospital Kuala Penyu