(http://hkp.moh.gov.my)

Kursus Team Building HKP 2019
Kursus Leadership & Team Building Serta Pemantapan Budaya Korporat HKP
Category : Kursus dan Latihan | Published by HKP on 19-Mar-2019

KUALA PENYU - Pada 20-21 Februari 2019 yang lalu, Jawatankuasa Budaya Korporat dan AKRAB, Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Kursus “Leadership & Team Building” serta Pemantapan Budaya Korporat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Kuala Penyu.

Penyertaan adalah seramai 35 orang dikalangan Pengurusan Tertinggi Hospital termasuk Pengarah Hospital. Di akhir kursus, di adakan juga simbolik penyerahan ‘button badge’ Kami Sedia membantu kepada semua jawatankuasa dan peserta sebagai tanda pembudayaan korporat oleh Penyelaras dan Timbalan Penyelaras Jawatankuasa Budaya Korporat Hospital Kuala Penyu.

Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:

Penaung
Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad

Penyelaras

Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi)

Urusetia
Jawatankuasa Budaya Korporat dan AKRAB Hospital Kuala Penyu.

Penceramah
1) Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
- Pre Test dan Post Test
- Ice- Breaking Oleh AKRAB
- Pengenalan Budaya Korporat dan Program Penerapan Budaya Korporat
- Latihan Dalam Kumpulan (scenario)
- Noble Race
- Aktiviti “Team Building”
- Elemen Positif dan Negatif

2) Pn. Hayati Mumin
- Komunikasi Positif dan “Soft Skill”

3) En. Ihsan Reddzal
- Nilai-Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Kaunter.
- Aktiviti Kecergasan TABATA

Kumpulan Sasaran :
Pengurusan tertinggi, Ketua Jabatan dan Ketua Unit

Objektif Kursus:

Kursus ini mencapai objektif terutamanya sebagai ketua dan penjawat awam barisan hadapan dalam memberi kemahiran, meningkatkan keupayaan dan kualiti dalam menjalankan tugas-tugas dalam berhadapan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter serta kemahiran menyelesaikan masalah. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun .

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Penyelaras Kursus