(http://hkp.moh.gov.my)

Hospital Kuala Penyu -  Lobi 2
HKP berjaya mendapat Pensijilan Semula MS-ISO 9001:2015
Category : Pencapaian | Published by HKP on 03-Feb-2019

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu dan semua ahli Jawatankuasa ISO HKP.

Sukacita dimaklumkan, Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat Pensijilan Semula MS-ISO 9001:2015 selama 3 Tahun bermula dari 22 Oktober 2018 sehingga 21 Oktober 2021 daripada Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) QAS International Sdn Bhd.

Audit Pensijilan ini telah dilakukan pada tahun lalu iaitu pada 18 September 2018 sehingga 20 September 2018 yang lalu oleh wakil SIRIM di Hospital Kuala Penyu.

Skop Pensijilan ini adalah merangkumi Perkhidmatan Kesihatan Merangkumi Rawatan Pesakit, Khidmat Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal.