(http://hkp.moh.gov.my)

Bengkel Akreditasi HKP 2018
Kursus Kesedaran Akreditasi HKP 2018
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 04-Dec-2018

KUALA PENYU - Pada 29 November 2018 yang lalu bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu, Kursus Kesedaran Akreditasi Edisi ke 5 Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan.

Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawai kualiti yang telah ditetapkan. Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada.

Selain itu ia juga membantu untuk menyediakan perkhidmatan & persekitaran yang selamat, kepatuhan kepada etika professional, pengurusan & rawatan yang sesuai, perkhidmatan value for money dan juga sebagai langkah proaktif organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Akreditasi Hospital Kuala Penyu ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai akreditasi dikalangan anggota HKP. Kursus ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit, anggota-angota Hospital Kuala Penyu serta anggota Perkhidmatan Sokongan Hospital, Sedafiat Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam proses Akreditasi Hospital.

Kursus ini telah diisi dengan pengisian program ceramah dan aktiviti berkumpulan. Ceramah teah disampaikan oleh Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad, Pengarah Hospital Kuala Penyu dan PPP J Mizan Bin Jimmy @ Abdul Gani, Penyelaras Alreditasi Hospital Kuala Penyu.

Di akhir kursus ini sedikit sebanyak, para peserta telah lebih memahami akan proses akreditasi Hospital dan juga lebih bersemangat untuk menghadapi penilaian semula Akreditasi Hospital oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) yang dijangkakan pada tahun hadapan