(http://hkp.moh.gov.my)

Audit Persijilan Semula EKSA 2018
Lawatan Audit Persijilan Semula EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2018
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 16-Nov-2018

KUALA PENYU - Pada 12 - 13 November 2018 yang lalu pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sabah telah melakukan Lawatan Audit Persijilan EKSA di Hospital Kuala Penyu (HKP) untuk tujuan Persijilan Semula EKSA dari pihak MAMPU.

Pasukan Audit MAMPU Sabah telah diketuai oleh Encik Josliw Bin Matjumping dengan dibantu oleh Encik Justin George Niol

Lawatan Audit telah dimulakan pada kira-kira jam 2.00 petang 12 November 2018 dengan Mesyuarat Pembukaan di mana Pengarah HKP Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad telah menyampaikan ucapan pembukaan sebelum dibalas oleh Encik Josliw Bin Matjumping. Seterusnya Taklimat Pelaksanaan Amalan EKSA di HKP telah disampaikan oleh Encik Asmi Etin selaku Penyelaras AJK Induk EKSA HKP.

Sebaik taklimat selesai lawatan audit dimulakan di unit-unit terlibat selama 2 hari. Akhir sekali,pada hari ke-dua Exit Conference diadakan di mana penemuan audit dan cadangan penambahbaikan oleh Pasukan Audit MAMPU serta sesi soal jawab bersama anggota HKP dilakukan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit menemui implimentasi EKSA di Hospital Kuala Penyu adalah baik namun perlu beberapa penambahbaikan. Keputusan audit sama ada "Baik" atau "Cemerlang" akan dikeluarkan dan diketahui selepas pihak Hospital Kuala Penyu membuat penambahbaikan dan menghantar laporan maklumbalas dan seterusnya mendapat Sijil dari pihak MAMPU di Putrajaya.

Lawatan audit ini diakhiri dengan sesi bergambar staf HKP bersama Pasukan Audit. Pasukan Audit MAMPU Sabah bertolak balik ke Kota Kinabalu kira-kira jam 1.30pm 13 November 2018.


Laporan Disediakan Oleh:
Wong Kah Ye
Jawatankuasa Promosi EKSA
Hospital Kuala Penyu