(http://hkp.moh.gov.my)

Paradigma - Inovasi
HKP Johan Inovasi Kategori Perkhidmatan Anugerah Inovasi JKNS Tahun 2018
Category : Pencapaian | Published by Hospital Kuala Penyu on 06-Oct-2018

KOTA KINABALU - Kumpulan Paradigma Hospital Kuala Penyu telah dinobatkan sebagai Johan Inovasi kategori Perkhidmatan untuk projek yang bertajuk Sistem myStatistik dalam Pertandingan Anugerah Inovasi yang telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2018 yang lalu anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN Sabah) di Auditorium Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Ahli Kumpulan Paradigma Hospital Kuala Penyu terdiri daripada Hana Fariza Bt Muhammad Yunus (Unit Farmasi), Lionel Michael Jominin (Unit Teknologi Maklumat), Schwaffuan Bin Sulaiman (Unit Rehabilitasi) dan Wong Kah Ye (Unit Teknologi Maklumat)

Sistem myStatistik adalah Sistem Pengurusan Laporan Statistik dalam talian yang dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat Hospital Kuala Penyu yang mesra pengguna dan mudah digunakan. Laporan dan graf statistik akan dijana secara automatik melalui data yang dimasukkan pengguna.

Pertandingan Anugerah Inovasi Peringkat JKNS yang berlangsung selama tiga hari tersebut telah menyaksikan lebih 28 projek inovasi dalam kategori Produk, Perkhidmatan, Proses dan Teknologi diketengahkan dan dibentangkan oleh kumpulan inovasi dari agensi dan jabatan di bawah JKN Sabah

Melalui tema Dari Idea Ke Realiti, acara anugerah tahunan ini antara lain bertujuan memberi pengiktirafan kepada hasil-hasil inovasi warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mampu memberi peningkatan kualiti penyampaian dan perkhidmatan, selain memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif warganya dalam melaksanakan tugas harian.

Pemenang setiap kategori menerima hadiah berbentuk sijil serta wang tunai sebanyak RM 1,000 serta duit saguhati penyertaan sebanyak RM200.00 yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Christina Rundi.

Keputusan Penuh


Anugerah Khas Juri