(http://hkp.moh.gov.my)

Hari Bertemu Pelanggan HKP 2018
Hari Bertemu Pelanggan HKP 2018
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 26-Sep-2018

KUALA PENYU - Pada 27 September 2018 bersamaan hari Khamis Hari Bertemu Pelanggan Hospital Kuala Penyu (HKP) Tahun 2018 telah diadakan.

Seiring dengan tema Hari Bertemu Pelanggan HKP pada tahun ini iaitu Breastfeeding : Foundation Of Life, objektif penganjuran Hari Bertemu Pelanggan ini adalah seperti berikut



Acara Hari Bertemu Pelanggan ini telah dimulakan pada 7.45 pagi dengan Gimik Pelancaran Berjalan Kaki Mengelilingi Hospital bersama Pengarah Hospital dan juga aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Unit Rehabilitasi. Seterusnya Ceramah Kesihatan telah disampaikan oleh Dr. Nur Atikah Binti S. Ishak dengan tajuk Penyusuan Susu Ibu, dan Ceramah Pemakanan Sihat oleh Cik Nazirah Binti Zuman

Perasmian majlis telah dilakukan sejurus itu oleh Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad selaku Pengarah Hospital Kuala Penyu. Pelancaran Hospital Kuala Penyu sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) turut dilakukan sekali pada perasmian tersebut

Persembahan Hand Hygiene Dance yang diselaraskan oleh Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP turut dipersembahkan sebagai panduan dan mengajar orang ramai untuk melakukan penyucian tangan yang betul

Antara kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah dibuka sempena Hari Bertemu Pelanggan ini adalah seperti Kaunter Pemeriksaan Kesihatan, Kaunter Derma Darah, Kaunter Berhenti Merokok, Kaunter Penyusuan, Kaunter Cadangan / Penghargaan, Kaunter Penyusuan Susu Ibu Kaunter Pemeriksaan Payu Dara, Kaunter Patient & Family Rights dan sebagainya. Selain daripada itu unit-unit lain dari Hospital Kuala Penyu, Klinik Pergigian Hospital Kuala Penyu dan pihak Perkhidmatan Sokongan Hospital, Syarikat Sedafiat Sdn Bhd turut membuka kaunter untuk dikunjungi oleh pelanggan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera penghargaan kepada Ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya pada tahun 2017 dan Penyampaian cendera penghargaan kepada orang awam yang berjaya berhenti merokok 2017.