(http://hkp.moh.gov.my)

Kempen Kenali Ubat Anda April 2018
Kempen Kenali Ubat Anda Bulan April 2018
Category : Kempen Kesihatan | Published by HKP on 17-May-2018

Pameran Kenali Ubat Anda telah dianjurkan oleh Unit Farmasi sempena Kursus Gaya Hidup Sihat 1/2018 pada 11 April 2018 bertempat di Lobi HKP. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan melibatkan 6 orang staf farmasi (2 Pegawai Farmasi, 3 Penolong Pegawai Farmasi dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan).

Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, jenis-jenis dosej ubat, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari orang awam Kuala Penyu. Terdapat sejumlah 44 pelawat yang telah mengunjungi pameran tersebut. Informasi diberi kepada pesakit secara lisan dan/atau secara bertulis melalui leaflet dan pamphlet.

Laporan Disediakan
Tan Chu Ping
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi DIS
Hospital Kuala Penyu