(http://hkp.moh.gov.my)

Audit HPIA & Parameter Hospital CPSU KKM di HKP
Audit HPIA & Parameter Hospital CPSU KKM di HKP
Category : Program Audit | Published by HKP on 24-Apr-2018

KUALA PENYU - Pada 17 April 2018 yang lalu bersamaan hari Selasa,pihak Clinical Performance Surveillance Unit (CPSU) Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Dr Amin Sah Bin Ahmad (KPPK,CPSU) dan disertai rombongan iaitu Dr Siti Nawal Bt Mahmood (KPPK,CPSU),Dr Mohd Fuad Bin Sallehuddin (PPK,CPSU), Dr Khairun Nadia Bt Mohamad Zuber (KPP,CPSU) ,PJ Hamidah Bt Ahmad Zainudin dan KJ Norbazeiah Bt Basri diiringi pihak JKNS iaitu Dr Abu Ubaidah Bin Sainuri (PPK,Unit Kualiti JKNS) dan KJ Mary Ikin dari Unit Kualiti Perubatan JKNS telah datang ke Hospital Kuala Penyu (HKP) untuk menjalankan Audit Parameter Hospital Dan Hospital Performance Indicator For Accountability (HPIA) bagi Tahun 2017.

Audit ini melibatkan beberapa unit,wad dan penyelaras jawatankuasa hospital yang terlibat dengan pemantauan laporan HPIA dan Parameter hospital.

Sepanjang audit berjalan,terdapat beberapa teguran telah diterima dan juga beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Secara keseluruhannya, audit tersebut berjalan dengan lancar dan penutupan audit telah dilakukan lebih kurang pada jam 3.30 petang. Lawatan berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang.

Laporan disediakan oleh:
JM Hamizah Bt Ag Damit
Setiausaha HPIA
Hospital Kuala Penyu