Hospital Kuala Penyu Sabah (http://hkp.moh.gov.my)
Prihatin, Kualiti, Profesionalisme
Pelancaran Program Bebas Kesakitan (Pain Free) HKP
Pelancaran Program Bebas Kesakitan (Pain Free) HKP 2018
Category : Program Hospital | Published by HKP on 21-Apr-2018

KUALA PENYU - Pada 29 Mac 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, Pelancaran Program Bebas Kesakitan (Pain Free), Hospital Kuala Penyu (HKP) telah disempurnakan oleh Pengarah HKP, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad sempena Perhimpunan Pagi HKP Bulan Mac bertempat di Taman Terapeutik, HKP.

Pelancaran ini merupakan satu simbolik kepada permulaan aktiviti Program Bebas Kesakitan (Pain Free) Hospital Kuala Penyu bagi tujuan audit dan seterusnya mendapat Persijilan Pain Free dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang dijangka diadakan pada bulan Julai 2018.

Persijilan Pain Free ini melibatkan 10 Unit Hospital Kuala Penyu iaitu; Wad lelaki, wad perempuan, Dewan Bersalin, Wad kanak-kanak, Unit Kecemasan & Trauma, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Carakerja, Unit Hemodialisis, Unit Farmasi & Unit Jabatan Pesakit Luar.

Sebagaimana maklum, P5VS (Pain As Fifth Vital Sign) telah dilaksanakan di semua Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2009, di mana skor kesakitan harus dipantau pada setiap pesakit bersama-sama dengan tanda vital lain iaitu suhu, tekanan darah, kadar nadi dan kadar pernafasan. Cetusan daripada pelaksanaan P5VS ini, konsep Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital) telah diperkenalkan pada tahun 2011.

Pelaksanaan program ini memerlukan kerjasama dan sokongan yang mantap dari semua anggota kesihatan (multidisciplinary team). Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke samasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Program Bebas Kesakitan serta kesan terhadap aspek pengurusan pesakit.

Laporan Disediakan oleh :
Alistca Brenda S.Suutin
AJK Promosi Pain Free
Hospital Kuala Penyu