(http://hkp.moh.gov.my)

Lawatan Benchmarking EKSA Hospital Mesra Bukit Padang ke HKP 2018
Lawatan Benchmarking EKSA Hospital Mesra Bukit Padang ke HKP 2018
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 31-Mar-2018

KUALA PENYU - Pada 29 Mac 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) telah mengadakan Lawatan Benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Hospital Kuala Penyu sempena persiapan HMBP untuk menghadapi Penilaian EKSA pada tahun ini

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan bagi mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.

Rombongan Lawatan Hospital Mesra Bukit Padang telah diketuai oleh Penyelaras EKSA HMBP En Yaakup Bin Alip serta diiring oleh 9 AJK EKSA HMBP yang lain.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan ini adalah Tayangan Video Pengenalan Hospital Kuala Penyu, Taklimat EKSA Hospital Kuala Penyu oleh Ketua AJK Latihan EKSA HKP iaitu Pn. Jainah Yakub, Lawatan Benchmark HMBP ke Unit-Unit dan Taman-Taman Hospital Kuala Penyu, Penyampaian Cenderahati dan Jamuan Ringan.

Sepanjang lawatan, rombongan Hospital Mesra Bukit Padang telah sedikit sebanyak telah mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna mengenai aktiviti dan implementasi EKSA dari Hospital Kuala Penyu untuk diaplikasikan di Hospital Mesra Bukit Padang.

Lawatan berakhir pada kira-kira jam 3.30pm.

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Ketua AJK Promosi EKSA
Hospital Kuala Penyu