(http://hkp.moh.gov.my)

Kursus Pengendalian Makanan Hospital Kuala Penyu 2016
Kursus Pengendalian Makanan Hospital Kuala Penyu 2016
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 01-Sep-2016

Pada 16 Ogos 2016 (Selasa) yang lalu, Unit Sajian Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan bertempat di Bilik Seminar Surau As-Syifa Hospital Kuala Penyu yang dihadiri seramai 26 orang peserta. Para peserta kursus terdiri daripada Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Perubatan Kesihatan, Jururawat Terlatih, Ketua Jururawat serta Pegawai Bebas Dapur yang terlibat dalam perkhidmatan makanan pesakit.

Para peserta telah diberi taklimat mengenai Kepentingan Hazard Analysis Critical Control Point ( HACCP) terhadap dapur Hospital Kuala Penyu yang disampaikan oleh Puan Vina Marius (Pegawai Teknologi Makanan C41, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort). Selain itu juga,para peserta telah didedahkan tentang tanggungjawab dan tugas-tugas pegawai bebas dapur,spesifikasi bekalan bahan mentah basah dan kering, carta alir aduan makanan, keselamatan makanan pesakit serta operasi perkhidmatan sajian.

Semasa kursus ini dijalankan, peserta memberikan tumpuan dan menunjukkan minat terhadap ceramah yang disampaikan oleh penceramah. Para peserta juga memberikan maklum balas yang positif dan menyarankan agar kursus ini dijalankan pada masa akan datang.

Laporan Disediakan oleh :
Nur Rosazliza binti Abdullah
Pen. Peg. Penyediaan Makanan
Unit Sajian
Hospital Kuala Penyu