(http://hkp.moh.gov.my)

Pelancaran Program EKSA Hospital Kuala Penyu 2016
Pelancaran Program EKSA Hospital Kuala Penyu 2016
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 20-Apr-2016

Pada 22 April 2016, Pelancaran Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hospital Kuala Penyu (HKP) telah disempurnakan oleh Pengarah HKP, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad sempena Perhimpunan Pagi HKP Bulan April bertempat di Bilik Mesyuarat Utama HKP.

Pelancaran ini merupakan satu simbolik kepada permulaan aktiviti EKSA diseluruh Unit Hospital Kuala Penyu bagi tujuan audit dan seterusnya mendapat Persijilan EKSA dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dijangkakan diadakan pada bulan September 2016

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang diamalkan dalam sektor awam kerajaan. Untuk amalan EKSA, antara elemen penting ditekankan iaitu imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kreatif & inovatif dan amalan Go Green

Sementara itu, sempena pelancaran ini juga pemenang kepada Pertandingan Mencipta Logo EKSA HKP yang telah dianjurkan pada bulan Mac 2016 telah diumumkan. Puan Hana Fariza Muhammad Yunus dari Unit Farmasi telah diumumkan sebagai pemenang. Hadiah pemenang berupa wang tunai telah disumbangkan oleh Pengarah HKP. Sijil penyertaan telah diberikan kepada semua yang telah menyertai pertandingan tersebut.