(http://hkp.moh.gov.my)

Lawatan Benchmarking EKSA HKP ke Hospital Kudat 2016
Lawatan Benchmarking EKSA HKP ke Hospital Kudat 2016
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 04-Mar-2016

KUDAT - Pada 4 Mac 2015 yang lalu bersamaan dengan hari Jumaat, Hospital Kuala Penyu (HKP) telah mengadakan Lawatan Benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Hospital Kudat sempena persiapan HKP untuk menghadapi Penilaian EKSA pada tahun ini

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan bagi mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.

Rombongan Lawatan Hospital Kuala Penyu telah diketuai oleh Pengarah HKP Dr Sabariah Mohamad Sa'ad dan Penyelaras EKSA HKP En Asmi Etin serta diiring oleh 4 AJK EKSA HKP yang lain iaitu Matron Jaliha Majakir, Sr Simpol Yussof, En Lionel Michael Jominin dan Cik Marcella Impui.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan ini adalah Taklimat EKSA Hospital Kudat oleh Penyelaras EKSA Hospital Kudat iaitu Sr Misbah Alashun, Penyampaian Cenderahati dari HKP kepada Hospital Kudat, Jamuan Ringan dan lawatan benchmark ke Unit-Unit Hospital Kudat.

Sepanjang lawatan, rombongan Hospital Kuala Penyu telah sedikit sebanyak telah mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna mengenai aktiviti dan implementasi EKSA dari Hospital Kudat untuk diaplikasikan di Hospital Kuala Penyu.

Lawatan berakhir pada kira-kira jam 11.30am dan diakhiri dengan jamuan tengahari.

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Ketua AJK Promosi EKSA
Hospital Kuala Penyu