(http://hkp.moh.gov.my)

Hari Bertemu Pelanggan 2015 - Organ Donation
Hari Bertemu Pelanggan HKP 2015
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 13-Oct-2015

Pada 15 Oktober 2015 yang lalu, Hari Bertemu Pelanggan Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Perasmian majlis telah dilakukan oleh Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad selaku Pengarah Hospital Kuala Penyu.

Antara objektif utama majlis ini adalah untuk memberi peluang kepada orang awam memberi maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan pihak Hospital Kuala Penyu yang diperolehi semasa mereka mendapat rawatan atau berurusan dan juga untuk mengeratkan hubungan antara anggota Hospital Kuala Penyu dan pelanggan

Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti Senaman Aerobik, Ceramah kesihatan, Rawatan Kesihatan, Ikrar Derma Organ, Kempen Derma Darah, Cabutan bertuah dan sebagainya. Antara kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah dibuka adalah daripada unit-unit Hospital Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta Klinik Pergigian Daerah Kuala Penyu.

Majlis Hari Bertemu Pelanggan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengikrar Organ Donation serta Ceramah Kenali Ubat Anda.