Hospital Kuala Penyu Sabah (http://hkp.moh.gov.my)
Prihatin, Kualiti, Profesionalisme
Lawatan Benchmarking ke Tenom 2015
Lawatan Benchmarking Hospital Kuala Penyu ke Hospital Tenom 2015
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 30-Mar-2015

TENOM - Pada 26 - 27 Mac 2015 yang lalu, Hospital Kuala Penyu (HKP) telah mengadakan Lawatan Benchmarking ke Hospital Tenom sempena persiapan Hospital Kuala Penyu untuk menghadapi Penilaian Akreditasi ke-2 dan MS-ISO:9001:2008 buat kali pertama yang dijangkakan pada tahun ini

Rombongan Lawatan Hospital Kuala Penyu telah diketuai oleh Penyelaras Akreditasi HKP Matron Jaliha Matjakir dan Penyelaras MS-ISO HKP, Encik Fadzlyasraf Bin Shaari. Rombongan HKP adalah seramai 25 orang terdiri daripada Ketua-ketua Unit, anggota Hospital Kuala Penyu dan juga wakil dari pihak Sokongan Hospital, Faber Medi Serve.

Antara aktiviti yang telah dialankan sepanjang Lawatan benchmarking ini adalah taklimat Pengenalan Hospital Tenom dari Pengarah Hospital Tenom Dr Loly Mealonny Geofrrey dan kunjungan ke Unit-unit berkaitan di Hospital Tenom.

Sepanjang lawatan, rombongan Hospital Kuala Penyu telah sedikit sebanyak telah mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna mengenai aktiviti Akreditasi Hospital dan MS-ISO dari Hospital Tenom untuk diaplikasikan di Hospital Kuala Penyu

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Hospital Kuala Penyu