(http://hkp.moh.gov.my)

Kursus JKKP HKP 2014
Kursus Budaya Cara Kerja Selamat Dan Sihat HKP 2014
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 02-Nov-2014

Pada 28 dan 29 Oktober 2014 yang lalu Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Kuala Penyu dengan bantuan Unit KPAS JKNS telah menganjurkan Kursus Budaya Cara Kerja Selamat Dan Sihat Anggota Hospital Kuala Penyu. Kursus ini adalah salah satu program pengisian Minggu Keselamatan Pesakit Hospital Kuala Penyu dari 27 hingga 30 Oktober 2014. Fasilitator/Penceramah adalah dari Unit KPAS JKNS sendiri yang diketuai oleh PPP Andrew K. Gitam dan ahlinya KJ Saripah Taupect, PPKP Adrian Joseph dan PPKP Atilin Sudi. Kehadiran peserta sangat menggalakkan iaitu sepatutnya 45 orang dijemput tetapi yang hadir 50 orang.

Aktiviti sepanjang kursus ini berjalan ialah dimulakan dengan 22 soalan soal selidik pengetahuan peserta tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Akta 514, JKKP serta Hazard dan pengawalannya.Kemudian barulah ceramah 7 Modul teori dan hari kedua praktikal. Peserta kursus telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk membuat praktikal Pemeriksaan Tempat Kerja. Kumpulan 1 melawat (Stor Farmasi),Kumpulan 2 (JPL), Kumpulan 3 (Wad Lelaki), Kumpulan 4 (Unit Rehabilitasi) dan Kumpulan 5 meeriksa A&E.

Secara kesimpulannya,kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dan sekurang-kurangnya semua peserta sedar dan faham tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Akta 514, JKKP serta Hazard dan pengawalannya. Malahan mereka sudah terdedah dengan suasana pemeriksaan hazard di tempat kerja mereka sendiri.

Laporan Disediakan oleh
PPP Roslie Miasin
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kuala Penyu.