(http://hkp.moh.gov.my)

Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi HKP 2013
Kursus Kefahaman Rangkaian Jururawat Kawalan Infeksi HKP Bil 2/2013
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 07-Nov-2013

Pada 6 Nov 2013 yang lalu, satu Kursus Kefahaman Rangkaian Jururawat Kawalan Infeksi Bil 2/2013 telah diadakan di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Seramai 13 orang peserta yang menghadiri kursus ini terdiri daripada Rangkaian Jururawat (Link Nurse) yang dilantik olek Ketua Unit/Ketua Jururawat Wad masing-masing. Objektif utama kursus ini adalah untuk menambah dan mengemaskini pengetahuan Jururawat di Hospital Kuala Penyu mengenai Kawalan Infeksi

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pre dan post test serta kerja kumpulan untuk mengetengahkan pemikiran diluar kotak diketengahkan. Perkongsian pendapat dari pengalaman juga diselitkan untuk dikaitkan relevannya dengan polisi yang sedia ada. Satu mesyuarat juga telah diadakan dimana ia dipengerusikan oleh JT Winnie Yap selaku Jururawat Kawalan Infeksi untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh Link Nurse di unit masing-masing untuk diketengahkan semasa mesyuarat Ketua Unit dan JKNS.

Kursus mendapat sambutan positif daripada peserta dan kursus seumpama ini dibuat lagi pada masa akan datang

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29