Majlis Sambutan Hari Raya dan Suai Kenal Bersama ALP HKP 2010
Majlis Sambutan
25-Sep-2010
2261 Hits
Pada
24 September 2010, bermula pada pukul 7.00 malam,bertempat di Ruang Legar Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu, satu Majlis Sambutan Hariraya dan Suai Kenal bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Antara yang hadir, Dr Esmar Abdul Hamid, Pengarah Hospital Kuala Penyu, Encik Dirih @ Sebastian Anjim, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu, para Ahli-Ahli Lembaga Pelawat dan anggota Hospital Kuala Penyu.
Objektif utama majlis diadakan adalah untuk memupuk semangat
kekeluargaan dan kerjasama tanpa membezakan bangsa dan agama. Selain itu majlis tersebut adalah sebagai sesi suaikenal di antara anggota hospital dengan para Ahli Lembaga
Hospital Kuala Penyu.
Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah. Pelbagai acara diadakan seperti cabutan bertuah, karaoke, pakaian sedondon dan sebagainya
Laporan disediakan olehChindara Puleh Jinti
Setiausaha Majlis Sambutan
Hospital Kuala Penyu
Tags:
hari
raya
ALP